Kegunaan pokok pandan
1) Makanan.
a) Airperahan daunnya daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka (bengkang,kata orang utara)
b) Daunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam
c) Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih, sirap, berbagai jenis bubur
2) Pelbagai:
a) Pewangi bedak sejuk
b) Pewangi asli bunga rampai
c) Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.
d) Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.
a) Pewangi bedak sejuk
b) Pewangi asli bunga rampai
c) Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.
d) Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.
3) Ubatan:
a) Lemah saraf - ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gela ). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
b) Buang angin dalam badan : Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan
2/3 kali sehari.
c) Gelisah : Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
d) Rambut gugur: Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia )
e) Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
f) Kelemumur: ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.
1 comments